Long or Short Torso? Here’s How to Find the Most Flattering Style for You

 

Have you ever wondered why certain outfits look effortless on someone else but feel slightly off on you? It’s not always about size or height, sometimes it’s simply about proportions. Understanding whether you have a short torso or a long torso can completely change the way you dress and carry yourself.

When you know your body’s proportions, you’ll start to see fashion in a new light. It becomes less about following trends and more about finding what truly flatters you.

What is torso?

Your torso is the middle section of your body, the area between your shoulders and hips that includes your chest, abdomen, and back. The length of this part can affect how clothes fit and fall on you. Whether you have a long or short torso, understanding your body shape is the key to finding cuts and styles that not only feel comfortable but also enhance your confidence and natural elegance.

Here are some easy ways to identify your torso type.

1. Compare Your Torso and Leg Length

This is the most accurate way to determine your torso type.

Measure your torso from your shoulder (or the base of your neck) to the top of your hip bone.
Measure your leg (inseam) from the top of your inner thigh to your ankle.

Compare the results:
Long Torso: Your upper body is about the same length or longer than your legs.
Short Torso: Your upper body is shorter than your legs.
Balanced Torso: Your torso and legs are roughly equal in length.


2. The Mirror Method

No measuring tape? No problem. Try this simple visual trick.

Sit up straight in front of a mirror and observe your proportions from your hips to your head.
If this area looks longer than your legs, you likely have a long torso.
If it looks shorter, you probably have a short torso.


3. The Hand Test

Another quick way to check your body proportions.

Stand upright and place one hand under your bust, then stack another hand directly below it.

Now, look at where your belly button sits.
Short Torso: Your belly button is close to or below your second hand (shorter space between chest and hips).
Long Torso: Your belly button is lower than your second hand (longer space between chest and hips).
Balanced Torso: Your belly button aligns with your second hand.

 

Dos and Don’ts by Torso Type


If You Have a Short Torso

Buttonscarves Deux Raglan Denim Shirt and Pant

If your upper body is on the shorter side, it’s all about creating length and balance.

DO:

  • Opt for V-necks or open collars to elongate your frame.

  • Choose mid-rise bottoms to balance your proportions.

  • Style with cropped jackets or short tops that sit right at the waistline.

  • Add long necklaces or scarves to draw the eye down.

  • Embrace monochrome looks for a seamless silhouette.

DON’T:

  • Avoid super high-waisted bottoms as they can make your torso appear shorter.

  • Skip wide belts or chunky waist accessories.

  • Steer clear of high-neck tops that visually shorten the neckline.

✨ Styling Tip:

Pair your outfit with the Deux Ankle Boots ,  an ankle-length cut creates a seamless line from leg to foot, giving you an elongated look without cutting your frame.


If You Have a Long Torso

A long torso offers room to play with proportion where the goal is to balance and lift.

DO:

  • High-waisted pants or skirts help shorten the torso and lengthen the legs.

  • Cropped tops or tucked blouses define your waist beautifully.

  • Add a belt to break up the length of your midsection.

  • Go for shorter jackets that hit right at the waist.

  • Try lighter shades on top to draw attention upward.

DON’T:

  • Avoid low-rise bottoms . They exaggerate torso length.
    Skip long tops or tunics that hide your waistline.

  • Stay away from dropped-waist dresses that drag your proportions down.

✨ Styling Tip:

Opt for the Lea Long Boots,  their tall silhouette adds visual length to your lower half, balancing your upper body perfectly. 


3. Balanced Torso (Proportionate)

A balanced torso means your upper and lower body are roughly equal in length.

DO:

  • Play with both high and low rises, you can experiment more freely.

  • Try belts and cropped jackets to emphasize the waistline.
    Experiment with layering. Long outerwear or shorter tops both work well.

  • Highlight your natural waist where it flatters without distorting proportions.

 DON’T:

  • Don’t over emphasize one half of your body as  the goal is to maintain your natural balance.

  • Avoid too many contrasting lines (like super short tops with very high-waisted bottoms) it can distort proportions unnecessarily.

✨ Styling Tip:

You can switch between the Deux Ankle Boots for a modern daytime look and the Lea Long Boots for an elegant, elevated style.

Fashion is all about understanding yourself and finding harmony in your style. Whether you have a long or short torso, every body shape has its own charm. What truly matters is confidence, wearing what makes you feel empowered and highlighting your natural grace. Because for every BSLadies, true style isn’t just about what you wear, but how you carry yourself.

 

 

 

 

 

 

 

Torso Panjang atau Pendek? Ini Cara Menentukan Gaya Paling Sesuai Untuk Anda

 

Pernah tertanya-tanya mengapa sesuatu gaya kelihatan begitu effortless pada orang lain tetapi terasa sedikit janggal pada diri anda? Kadangkala ia bukan soal saiz atau ketinggian, tetapi tentang proporsi tubuh. Memahami sama ada anda mempunyai torso pendek atau panjang boleh mengubah sepenuhnya cara anda berpakaian dan membawa diri.

Apabila anda mengenali bentuk badan sendiri, anda akan mula melihat fesyen dari sudut yang berbeza. Ia bukan lagi tentang mengikut trend semata-mata, tetapi tentang mencari potongan dan gaya yang benar-benar menyerlahkan keanggunan semula jadi anda.

Apa itu torso?

Torso ialah bahagian tengah badan anda, dari bahu hingga ke pinggul yang merangkumi dada, perut, dan belakang. Panjang bahagian ini mempengaruhi bagaimana pakaian jatuh dan kelihatan pada tubuh anda. Sama ada anda mempunyai torso panjang atau pendek, memahami bentuk badan ialah kunci untuk mencari potongan yang bukan sahaja selesa, tetapi juga meningkatkan keyakinan dan keanggunan anda.

Berikut ialah cara mudah untuk mengenal pasti jenis torso anda.


1. Bandingkan Panjang Torso dan Kaki

Ini ialah cara paling tepat untuk menentukan jenis torso anda.
Ukur panjang torso dari bahu (atau pangkal leher) hingga ke tulang pinggul.
Kemudian ukur panjang kaki (inseam) dari bahagian dalam peha hingga ke buku lali.
Bandingkan hasil ukuran tersebut:
Torso Panjang: Bahagian atas badan anda lebih panjang atau sama panjang dengan kaki.
Torso Pendek: Bahagian atas badan anda lebih pendek daripada kaki.
Torso Seimbang: Panjang torso dan kaki anda hampir sama.


2. Kaedah Menggunakan Cermin

Tidak ada pita ukur? Gunakan kaedah visual ini.
Duduk tegak di hadapan cermin dan perhatikan bahagian antara pinggul dan kepala anda.
Jika bahagian ini kelihatan lebih panjang daripada kaki, anda mungkin mempunyai torso panjang.
Jika ia kelihatan lebih pendek, anda mungkin mempunyai torso pendek.


3. Ujian Tangan

Cara pantas lain untuk menilai nisbah badan anda.
Berdiri tegak dan letakkan satu tangan di bawah dada, kemudian satu lagi di bawah tangan pertama.
Perhatikan kedudukan pusat anda.
Torso Pendek: Pusat anda berada berhampiran atau di bawah tangan kedua.
Torso Panjang: Pusat anda lebih rendah daripada tangan kedua.
Torso Seimbang: Pusat anda sejajar dengan tangan kedua.


Dos and Don’ts Mengikut Jenis Torso

 

Jika Anda Mempunyai Torso Pendek

Jika bahagian atas badan anda agak pendek, tumpuan utama ialah mencipta ilusi panjang dan keseimbangan.

DO:

  • Pilih kolar V atau kolar terbuka untuk memberi kesan lebih panjang pada tubuh.
  • Guna seluar paras pinggang sederhana bagi menyeimbangkan bentuk badan.
  • Padankan dengan jaket atau top pendek yang berakhir di paras pinggang.
  • Tambah rantai panjang atau tudung labuh untuk menarik pandangan ke bawah.
  • Gayakan pakaian monokrom bagi mencipta siluet yang panjang dan harmoni.

DON’T:

  • Elakkan seluar berpinggang terlalu tinggi kerana ia boleh membuat torso kelihatan lebih pendek.
  • Jangan pakai tali pinggang besar atau aksesori pinggang yang tebal.
    Hindari top berleher tinggi yang memendekkan bahagian leher.

✨ Tip Gaya:


Lengkapkan gaya anda dengan Deux Ankle Boots, potongan buku lali yang kemas membantu mewujudkan garisan visual yang panjang dari kaki ke tapak, memberi kesan lebih tinggi dan seimbang.

 

Jika Anda Mempunyai Torso Panjang

Torso panjang memberi ruang untuk bermain dengan proporsi dan keseimbangan.

DO:

  • Seluar atau skirt berpinggang tinggi membantu memendekkan torso dan memanjangkan kaki.
  • Top pendek atau top yang dimasukkan ke dalam seluar menyerlahkan bentuk pinggang.
  • Tambah tali pinggang untuk memecahkan panjang di bahagian tengah badan.
    Pilih jaket pendek yang berakhir di paras pinggang.
  • Guna warna cerah atau tudung bercorak di bahagian atas untuk menarik perhatian ke atas.

DON’T:

  • Elakkan seluar berpinggang rendah kerana ia menambah panjang torso.
  • Jangan pakai top panjang atau tunik yang menutupi pinggang.
  • Hindari gaun berpinggang rendah yang menjadikan tubuh kelihatan lebih panjang.

✨ Tip Gaya:


Pilih Lea Long Boots, reka bentuk but panjang ini memberi kesan kaki yang lebih panjang dan menyeimbangkan bahagian atas badan dengan sempurna.

 

Jika Anda Mempunyai Torso Seimbang (Proportionate)

Torso seimbang bermakna bahagian atas dan bawah badan anda mempunyai proporsi yang harmoni.

DO:

  • Cuba potongan tinggi atau sederhana, anda boleh bereksperimen dengan bebas.
    Gunakan tali pinggang atau jaket pendek untuk menyerlahkan pinggang.
  • Bereksperimen dengan lapisan pakaian seperti jaket panjang atau top pendek kedua-duanya sesuai.
  • Serlahkan garisan pinggang semula jadi untuk gaya yang lebih elegan.

DON’T:

  • Jangan beri tumpuan berlebihan pada satu bahagian badan. Matlamatnya ialah mengekalkan keseimbangan semula jadi.
  • Elakkan gabungan kontras yang keterlaluan seperti top terlalu pendek dengan seluar terlalu tinggi kerana ia boleh mengganggu proporsi.

✨ Tip Gaya:
Anda boleh memilih antara Deux Ankle Boots untuk gaya siang yang moden atau Lea Long Boots untuk gaya malam yang lebih elegan dan memanjang.

 

Fesyen ialah tentang memahami diri dan mencari keseimbangan dalam gaya.
Tidak kira sama ada anda mempunyai torso panjang atau pendek, setiap bentuk badan mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang paling penting ialah keyakinan diri, memakai sesuatu yang membuat anda berasa berkuasa dan menyerlahkan keanggunan semula jadi. Kerana bagi setiap BSLadies, gaya sejati bukan hanya tentang apa yang anda pakai, tetapi bagaimana anda membawanya.

 

Back to blog